Rabu, 7 Mac 2012

Print
video

Khamis, 6 Januari 2011

Lafaz Sakinah

Print


Heningnya.. sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Bicara Bapa Mertua:
Adalah aku wali puteriku
Kuserah kini amanahku padamu

Nafkahilah dia
Curah kasih dan cinta
Lebih dari yang kuberikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini kuserah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu…

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Bicara menantu:
Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringkanlah dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lagu : Saat Lafaz Sakinah
Kumpulan Far East

Ahad, 26 Disember 2010

Jom Kursus Usahawan Makanan

Print



Perhatian Pengemar Taufufah! Inilah yang anda cari

Ia bakal menjadi kenyataan dengan Video Tutorial Langkah

demi langkah yang mudah dipahami berserta Starter Kit.

Nikmati pelbagai aneka hidangan taufufah hari ini juga



Pernahkah anda menikmati hidangan Taufufah Cendol, Taufufah Krim Karamel, Taufufah Jagung Koktel, Taufufah Kek Karamel, Taufufah Jelly Strawbery, Taufufah Air Tebu dan banyak lagi. Memang COOL kan menikmati pelbagai hidangan taufufah special edition ini, lebih hebat dari hotel 5 star.

Gambar aneka taufufah


Wow ini baru SPECIAL. Mana nak beli taufufah special nie?

Anda tidak akan jumpa dimana-mana. Dengan e-book istimewa ini , anda akan diajar membuatnya sendiri dengan Video Ebook interaktif yang terbaik. Video ebook ini akan mengajar anda dari asas membasuh kacang soya sehinggalah menghasilkan pelbagai taufufah special edition ini. Apa yang menarik Video Ebook ini merupakan gabungan text, gambar dan video yang sangat jelas membantu anda membuat hidangan taufufah yang putih, licin dan enak dimakan. Anda pasti boleh membuatnya.


Apa? kena buat sendiri... Letih la macam nie....

Ya ramai diantara kita merasakan membuat air soya dan taufufah sesuatu yang meletihkan dan merimaskan. Nak tahu kenapa? Kerana mereka tidak tahu cara yang betul menguruskan dan memerah susu atau pati soya. Inilah yang menyebabkan dapur bersepah dengan hampas soya dan letih mengemas. Inilah sebenarnya yang meletihkan dan merimaskan.

Dalam video ebook ini saya akan dedahkan teknik yang paling kemas dan mudah memerah pati soya dan menguruskannya. Jaminan saya dapur anda akan sentiasa bersih dan kemas. Tambahan lagi, kita akan meminimakan penggunaan bekas agar anda tidak perlu membuang masa mencucinya. Dengan kata lain aktiviti membuat taufufah lebih mudah dan menyeronokkan.


Baru bersemangat, tapi bahannya nak beli di mana?

Hubungi saya : 012-3563752 ........... :) atau klik banner di bawah....


Rabu, 24 November 2010

Kursus Adobe Photoshop CS2

Print
Perhatian kepada adik-adik yang sedang bercuti sekolah. Ada tawaran istimewa dari Kolej Komuniti Sabak Bernam. KKSB akan anjurkan Kursus Adobe Photoshop CS2 sempena cuti sekolah ni dengan tawaran RM 30.00. Cukup murah , cukup berbaloi. Terhad kepada 25 orang sahaja. Diajar oleh guru berpengalaman dan berkepakaran.
Berminat sila hubungi saya , Pn. Nur Hidayati (012-3563752)

Selasa, 19 Oktober 2010

Lawatan ke MHP bersama SPK4

Print


18 Oktober merupakan detik bersejarah bagi pelajar-pelajar Sijil Pemprosesan Makanan (SPK) semester 4 kerana dapat melihat sendiri pemprosesan makanan oleh Usahawan Bumiputra iaitu Pn. Musleha Zainuddin iaitu Pengurus MHP Enterprise di Sekinchan. Lawatan bersejarah ini adalah bagi memenuhi keperluan subjek Usahawan Pembangunan Diri dan Usahawan Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Isnin, 4 Oktober 2010

Kelas Blog Usahawan bersama Pelajar SPK4

Print
Usaha murni para pelajar SPK memurnikan blog usahawan mereka. Sila layari 4 blog usahawan muda ini :
Usahawan Ice Blended :
lyn@fishah@blogspot.com

Usahawan Swiss Roll
nofaswissroll@blogspot.com

Usahawan Cucucr ayam
l2zcucurayam@blogspot.com

Usahawan Aneka Roti
w.w.frotiarab@blogspot.com

Selamat berjaya !!

Rabu, 8 September 2010

Konvokesyen yang Terakhir

Print

Tahniah kepada para graduan yang dapat menamatkan pengajian dalam bulan RAMADHAN. Semoga dapat berdiri di atas pentas TAQWA dengan anugerah maghfirah dan pengampunan dari ALLAH SWT. Semoga anugerah yang diberi dalam konvokesyen yang terakhir ini dapat meningkatkan lagi mutu kembara menuju ke akhirat. Salam lebaran untuk semua.