Memaparkan catatan dengan label Idolaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idolaku. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Julai 2010

Muhammad Rasulullah SAW is my best teacher

Print
We once had a teacher ,
The Teacher of teachers
He changed the world for the better
And made us better creatures
O' Allah , we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim ( teacher )
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front of him
O' Mu'allim ( teacher )

He was Muhammad SAW
He prayed while others slept
While they would laugh he wept
Until he breathed his last
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper
Ya Mu'allim ( teacher ) peace be upon you
Truly you are our teacher
O' Mu'allim

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly
His speech was soft and gentle
Like a mother stroking her child
His mercy and compassion
Were most radiant when he smiled

- Song by Samy Yusuf -

Ya Rasulullah ......... idolaku

Print
Marilah kita merenung dan berfikir sejenak, setiap kejadian dan ciptaan itu ada hikmah disebaliknya . Ketahuilah , setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam amalan. Mari kita lihat beberapa amalan Rasulullah SAW di mana sekiranya kita ikuti akan mendapat pahala sunat ;

1)Cara makan , kenapa kita gunakan tangan kanan ?
Mengikut cara Rasulullah SAW , baginda akanmenggaulkan lauk dengan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingkingnya , lalu Rasulullah akan menghisap garam tersebut. Kemudian , barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa ? Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 jenis enzim , tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri kerana enzim yang ada ditangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Ia merupakan proses penghadaman yang pertama.

Mengapa menghisap garam ?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral kita. Kita berasal dari tanah dan lumrahnya bahan yang berasal dari tanah inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Selain itu , garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Ini terbukti kerana di institusi perubatan menggunakan Sodium Klorida sebagai rawatan pertama keracunan.
Garam juga dapat menghalang makhluk-makhluk halus dan sihir yang ingin mengganggu manusia.

2)Cara Rasulullah SAW makan
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita mudah memproses makanan tersebut.

3)Membaca Basmalah ( Bismillahirrahmanirrahim )
Membaca basmalah sebelum makan untuk mengelak dari terkena penyakit kerana bakteria dan racun ada membuat perjajian dengan Allah SWT . Apabila basmalah dibaca , maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan tersebut.

4)Cara Rasulullah SAW minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan pula kita minum dari bekas minuman yang besar dan janganlah bernafas semasa kita minum. Apabila dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan ketika itu kita akan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita menghembuskan nafas di dalam air , kita akan menghembuskan Karbon Dioksida (CO2) ke dalam air (H2O) . Apabila kedua-dua molekul ini bertemu, maka akan terhasillah H2CO3 iaitu cuka yang bersifat asid. Begitu juga apabila kita minum air panas , kita tidak digalakkan meniup air tersebut kerana alasan yang serupa. Cara minum yang digalakkan ialah seteguk , bernafas dan seterusnya.

Begitulah, setiap tingkah laku rasulullah SAW itu ada hikmahnya yang tersendiri tanpa kita sedari. Wallahu ‘alam.