Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Ogos 2010

Happy belated Birthday Sa'adah

Print


Sa'adah
Mama sayang Sa'adah

Sa'adah
Kehadiran Sa'adah satu impian dan kenyataan
Amanah Allah yang perlu dijunjung

Sa'adah
Mama dan ayah sentiasa menyayangimu
Gelak tawamu pengubat duka
Keletahmu menghiburkan kami
Kecomelanmu kami rindui

Sa'adah
Semoga jadi anak solehah ....
Selamat ulang tahun yang pertama ... 1

Santan dan Keju

Print
Santan dan keju makanan tradisi + barat

Interface menu

Beef steak antara hidangan yang disajikan (RM12)

Chocolate ice float yang lazat (RM3)

Kalau anda imginkan suasana yang tenang dan romantis bolehla berkunjung ke Restoran Santan dan keju ini (sebelah Ocean Hotel , Sg. Besar) , tapi kadang-kadang la. Kalau hari-hari , kopak jugak kepala ..... hehehe

Khamis, 29 Julai 2010

Anak-anak hari ini

Print

Jam menunjukkan 2.30 petang. Lebih kurang 10 orang pelajar telah menunggu untuk menerima kuliah hari ini. Ini bermakna ada 6 orang pelajar masih belum masuk ke dalam kelas.

15 minit kemudian seorang demi seorang pelajar masuk. Aku meneruskan kuliah hari ini dengan topik perbincangan "Kaunseling Individu." Hari ini aku cuba mendedahkan kepada mereka proses peringkat kaunseling individu berjalan. Mereka hanya terlongo mendengar bicara. Ada yang bertanya matlamat pembelajaran mereka dalam topik ini. Bagiku bukanlah untuk menjadikan mereka seorang kaunselor yang bertauliah. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman dengan mereka tentang ilmu ini.Pelajarku mengangguk mendengar kuliah dengan khusyuk. Anggukan mereka tidak boleh aku tafsirkan sebagai tanda faham . Mungkin mereka hanya setuju dengan pendapatku. Apa yang penting aku tegaskan kepada mereka bahawa orang yang berjumpa dengan kaunselor tidak semestinya orang yang bermasalah."Gilakah orang itu?" kata seorang pelajar menyampuk. Aku menerangkan lagi ,"sakitkah kamu jika berjumpa dengan doktor?" tanyaku."Orang sihat tidak boleh jumpa doktorkah?" tanyaku lagi. "Boleh," jawab pelajar itu. Kaunselor itu adalah perantara bagi seseorang mengenalpasti apa yang tidak ia pasti.

Setelah penerangan proses , aku mulakan dengan memberikan pelbagai situasi permasalahan bagi mereka menjalankan aktiviti simulasi kaunseling individu secara berpasangan.

"Puan, susahnya ye jadi kaunselor. Mereka tiada masalahkah untuk mendengar masalah orang lain," tanya seorang pelajar."Mereka juga seperti kita tak terlepas dari masalah. Mereka adalah pendengar setia kepada klien mereka dan cuba membimbing mereka dalam menyelesaikan masalah. Bukan mereka yang menyelesaikan masalah kerana penyelesaian itu sudah ada pada klien mereka," jelasku.

Situasi yang ku beri kepada mereka merupakan situasi yang sering berlaku di kalangan remaja seperti mereka. Aku cuba ajar mereka bersifat empati dengan klien yang menghadapi masalah. Membina hubungan dengan klien , meneroka , membimbing klien membuat keputusan dan melaksanakannya dan seterusnya menamatkan sesi kaunseling.

Satu topik yang kami bincangkan bersama iaitu gejala sosial yang melanda remaja hari ini. Kes buang bayi bagai cendawan tumbuh melata tika hujan. Anak yang tak bedosa menjadi mangsa kekejaman nafsu serakah.Malah pasangan bekerjasama membunuh nyawa yang tak berdosa ini. Cuma mencari penyelesaian. Siapa yang patut dipersalahkan ? Apabila perbncangan dilakukan banyak iea-idea bernas dan mulus yang keluar dari mulut mereka. Moga-moga anak-anak ini adalah anak warisan bonda yang masih tulus ketimurannya.

Aku merenung dan bermuhasabah ............

Terkenang Semasa Dulu

Print
Pagi itu cuaca mendung . Angin bayu pagi bertukar kencang. Pagi ini hanya 5 daripada 29 orang sahaja yang hadir ke kelas Pendidikan Islam. Kebetulan topik perbincangan hari ini ialah 'Taharah." Aku memulakan kelas dengan perbincangan topik hadas dan najis. Aku mula bertanya kepada seorang pelajarku 'Ain'. Berikan contoh hadas kecil . Ain mula menjawab buang air kecil.' ustazah. "Baik, bagus ain!" pujiku. "Bagaimana pula dengan hadas besar?" aku menuju ibu jariku ke arah Izham yang dari tadi nampak khusyuk dengan perbincangan. "Owh!" terpinga-pinga Izham apabila namanya dipanggil. Mungkin tak disangka namanya terpanggil hari itu. "Kalau hadas kecil buang air kecil, hadas besar ialah buang air besar lah ustazah." jawab Izham yakin. Aku terlongo sebentar mendengar jawapan Izham. "Kenapa buang air besar ialah hadas besar Izham?"tanyaku kembali. "Sebab buang air besar satu pekerjaan yang berat, ustazah. Sampai terkencing dibuatnya." jawabnya tersengih-sengih. "Masya'allah , budak ni. Siapa ajar ni ?"detik hatiku.
Hai, macam-macam. terkenang semasa dulu....