Selasa, 24 Ogos 2010

Kolokium Penyelidikan KKSB

Print



Pembentangan dimulakan dengan En Rosli (Ketua R&D)

Kolokium Penyelidikan telah dianjurkan oleh Unit R&D Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 17 Ogos 2010 di Dewan Kuliah KKSB. 11 orang pensyarah membentang hasil penyelidikan mereka. Penilai terdiri daripada Pn. Pengarah, Pn Suriati bt Abdullah , En. Yusop b. Paal (KJPSH) dan En. Badarudin b. Kusni (KJKK).


Pn. Suriati dari Unit SPK turut serta sebagai pembentang penyelidikan

Pn. Norawati dari Unit Elektrik sebagai peserta pembentang
Para penilai kolokium sedang memberi ulasan mereka

Keindahan Pulau Pangkor

Print
Percutian indah bersama keluarga dan tok nek ke Pulau Pangkor pada 29-30 Jun 2010.


Hari kedua , naik bot keliling Pulau Pangkor

keindahan dan kedamaian


sempat 'mencandat sotong'

ikan kat Pulau Giam. Jernih airnya.......

pulang keletihan tapi seronok :)

Hari Usahawan Kolej Komuniti Sabak Bernam

Print
Pelajar Fesyen beraksi

Pada 12 Mei 2010 , Unit Pengajian Am telah menganjurkan aktiviti pelajar Hari Usahawan. Aktiviti ini disertai oleh para pelajar KKSB yang tyerdiri daripada 5 kursus iaitu Sijil Fesyen dan Pakaian , Sijil Pelan dan Senibina , Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan , Sijil Sistem Komputer dan Sokongan serta Sijil Teknologi Elektrik.



Pelajar elektrik menyediakan perkhidmatan 'cuci-cuci'


Antara perkhidmatan yang ditawarkan gerai fesyen 'mengukir inai'




Gerai makanan antara yang terlaris


Anak-anak bonda turut serta "SPK"


Perkhidmatan dari Sijil Komputer


Antara hakim jemputan (En. Badarudin dan En. Yusop)

Isnin, 23 Ogos 2010

DOA DAN HARAPAN

Print


Menatap hari , mengukir senyuman. Ceriakan setiap hari anda dengan doa dan harapan kerana disitulah mulaya corak penentuan keriangan anda. Islam telah memberi suatu bayangan yang hebat dalam mengatur hidup. Bermula dari bangun tidur kita digalakkan mentajdidkan harapan malah merealisasikannya.

Ada satu cerita mengenai doa dan harapan. Dua orang kelasi telah belayar ke sebuah lautan. Tiba-tiba, kapal mereka pecah dan karam. Jasad mereka telah terdampar di 2 buah pulau yang berjiran. Dengan takdir Allah mereka masih lagi merasai nikmat bernafas di muka bumi ini. Apa yang menyedihkan mereka hidp di pulau yang tandus sehelai sepinggang. Apa yang tinggal hanyalah harapan . Mereka sentiasa memanjatkan doa supaya ada kapal yang akan datang menyelamatkan mereka.

Kelasi A dan Kelasi B tidak putus-putus memanjatkan doa. Setiap hari Kelasi A akan berdoa ada makanan atau pakaian yang akan datang kepadanya. Tanpa diduga , setiap hari ada sahaja pakaian dan makanan yang hanyut di pulau tempat Kelasi A terdampar manakala Kelasi B hanya melihat Kelasi A keriangan mendapatkan habuan.

Tanpa disedari, timbul perasaan bongkak dalam hati Kelasi A bahawa doanya sentiasa makbul. Dia hairan kerana dia selalu melihat Kelasi B juga menadah tangan sepertinya memohon harapan tetapi tiada hasilnya. Maka terdetik perasaan buruk sangka di hatinya bahawa Allah tidak perkenankan doa sahabatnya kerana Allah lebih sayangkan dia.

Suatu hari, kapal penyelamat telah lalu dan menyelamatkan mereka. Ketika itu, Kelasi B mengucapkan lafaz lega dan kesyukuran kepada Allah. Tanpa didga Kelasi A menyindir ,”kalau bukan kerana doaku , kita tidak akan selamat hari ini.”
Adik-adik, sifat Kelasi A tadi adalah sifat yang negatif. Jangan kita contohi sifat takburnya kerana ada pengajaran eksplisit di dalam cerita tadi. Sebenarnya, Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya terutama doa Kelasi B. Untuk pengetahuan adik-adik , Kelasi B selalu berdoa agar apa yang didoakan oleh sahabatnya akan dimakbulkan tuhan. Itulah permintaannya setiap hari.

Adik-adik, jangan memandang seseorang dari luaran. Siapakah kita untuk membuat penilaian tentang buruk dan baiknya hati seseorang yang tidak jelas zahirnya.Jika kita rasa bahawa Allah hanya memilih orang tertentu untuk setiap sesuatu makaitu adalah sifat yang harus baginya melakukan demikian.

Redhalah dengan setiap ketentuan Allah. Jangan ditangisi susu yang tumpah kelmarin kerana ia tidak akan bisa dipuput kembali. Kita digalakkan agar sentiasa berusaha , berikhtiar , berdoa dan bertawakkal dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Wallahu’alam.

Kursus Kursus

Print
Bulan September 2010






Asas Microsot Power Point 2007
Sulaman Riben
Penghasilan Tudung Saji dari Surat Khabar
Pembangunan Laman Web bersistem 1 & 2
Photoshop Tahap 1 (asas)
Photoshop Tahap 2 (montaj)

Yuran RM 10
Tempat Kolej Komuniti Sabak Bernam
Maklumat lanjut : Sila hubungi Pn. Haryaty Sua Liya 03-32163235

Jumaat, 20 Ogos 2010

Seni Kaligrafi Islam

Print
KESENIAN ISLAM - Seni Khat (Kaligrafi)



Sumber : http://www.scribd.com/doc/2867679/KESENIAN-ISLAM-Seni-Khat-Kaligrafi

Rabu, 11 Ogos 2010

Resepi Buka Puasa ....

Print






Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.

Sumber : http://resepi.mesra.net/