Isnin, 23 Ogos 2010
DOA DAN HARAPAN
Menatap hari , mengukir senyuman. Ceriakan setiap hari anda dengan doa dan harapan kerana disitulah mulaya corak penentuan keriangan anda. Islam telah memberi suatu bayangan yang hebat dalam mengatur hidup. Bermula dari bangun tidur kita digalakkan mentajdidkan harapan malah merealisasikannya.
Ada satu cerita mengenai doa dan harapan. Dua orang kelasi telah belayar ke sebuah lautan. Tiba-tiba, kapal mereka pecah dan karam. Jasad mereka telah terdampar di 2 buah pulau yang berjiran. Dengan takdir Allah mereka masih lagi merasai nikmat bernafas di muka bumi ini. Apa yang menyedihkan mereka hidp di pulau yang tandus sehelai sepinggang. Apa yang tinggal hanyalah harapan . Mereka sentiasa memanjatkan doa supaya ada kapal yang akan datang menyelamatkan mereka.
Kelasi A dan Kelasi B tidak putus-putus memanjatkan doa. Setiap hari Kelasi A akan berdoa ada makanan atau pakaian yang akan datang kepadanya. Tanpa diduga , setiap hari ada sahaja pakaian dan makanan yang hanyut di pulau tempat Kelasi A terdampar manakala Kelasi B hanya melihat Kelasi A keriangan mendapatkan habuan.
Tanpa disedari, timbul perasaan bongkak dalam hati Kelasi A bahawa doanya sentiasa makbul. Dia hairan kerana dia selalu melihat Kelasi B juga menadah tangan sepertinya memohon harapan tetapi tiada hasilnya. Maka terdetik perasaan buruk sangka di hatinya bahawa Allah tidak perkenankan doa sahabatnya kerana Allah lebih sayangkan dia.
Suatu hari, kapal penyelamat telah lalu dan menyelamatkan mereka. Ketika itu, Kelasi B mengucapkan lafaz lega dan kesyukuran kepada Allah. Tanpa didga Kelasi A menyindir ,”kalau bukan kerana doaku , kita tidak akan selamat hari ini.”
Adik-adik, sifat Kelasi A tadi adalah sifat yang negatif. Jangan kita contohi sifat takburnya kerana ada pengajaran eksplisit di dalam cerita tadi. Sebenarnya, Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya terutama doa Kelasi B. Untuk pengetahuan adik-adik , Kelasi B selalu berdoa agar apa yang didoakan oleh sahabatnya akan dimakbulkan tuhan. Itulah permintaannya setiap hari.
Adik-adik, jangan memandang seseorang dari luaran. Siapakah kita untuk membuat penilaian tentang buruk dan baiknya hati seseorang yang tidak jelas zahirnya.Jika kita rasa bahawa Allah hanya memilih orang tertentu untuk setiap sesuatu makaitu adalah sifat yang harus baginya melakukan demikian.
Redhalah dengan setiap ketentuan Allah. Jangan ditangisi susu yang tumpah kelmarin kerana ia tidak akan bisa dipuput kembali. Kita digalakkan agar sentiasa berusaha , berikhtiar , berdoa dan bertawakkal dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Wallahu’alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan