SENARAI SEMAKAN AMALAN PADA BULAN RAMADHAN
•Iftar bersama
•Tilawah
•Tadarus
•Solat Terawih
•Qiyamullail
•Iktikaf
•Bersedekah
•Menambah ilmu
•Eratkan silaturrahim
•Menghayati perjuanan Rasulullah SAW dan para sahabat
ELAKKAN persepsi dan kelakuan ini semasa bulan RAMADHAN
•Menjadikan puasa sebagai adat bukannya ibadah
•Menganggap puasa hanya menahan lapar dan dahaga tetapi masih melakukan kemungkaran yang lain
•Meninggalkan kelebihan bersahur
•Ibadah fardhu dan sunat hanya di bulan RAMADHAN
•Bersungguh-sungguh dalam ibadah sunat tetapi mengabaikan yang fardhu
•Meningkatkan amal secara individu tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga
•Bersungguh-sungguh menghidupkan amal pada awal RAMADHAN tetapi mengabaikan amalan di akhir RAMADHAN
•Membaca Al-Qur’an hanya pada bulan RAMADHAN sahaja dan berakhir di penghujung bulan
•Membaca Al-Qur’an tanpa menghayati isi kandungannya sebagai panduan hidup seharian
•Menghabiskan sebahagian masa bulan RAMADHAN dengan amalan yang sia-sia
•Puasa yang tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara mara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.
•Mensia-siakan kelebihan malam 10 akhir RAMADHAN kerana sibuk dengan program yang melalaikan
•Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah.
•Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerima.
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN RAMADHAN
•BULAN AGUNG yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah
•BULAN KEAMPUNAN , RAHMAT , KEBERKATAN dan janji pelepasan dari api neraka
•BULAN PEMBERSIHAN JIWA melalui munajat , taubat, doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar , tabah , belas kasihan
•BULAN LAILATUL QADAR yang lebih baik dari 1000 bulan
•BULAN PERMULAAN AL-QUR’AN diturunkan
•BULAN PINTU SYURGA dibuka dan PINTU NERAKA ditutup
•BULAN SYAITAN diikat dan dibelenggu
•BULAN PAHALA & IBADAH dilipatgandakan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan