Selasa, 31 Ogos 2010

Warisan

Print


Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

Andai kuterbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana arus kubawakan

Ke mana harus kusemaikan cinta ini

Betapa

Di bumi ini kumelangkah

Ke utara selatan timur dan barat

Kujejaki

Aku

bukanlah seorang perwira

gagah menjunjung senjata

nemun hati rela berjuang

walau dengan cara sendiri

demi cinta ini

Kuingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah penyambung warisan

Dedikasi : Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

MERDEKA @ MeLEKA

Print

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat dalam sejarah tanah air. Setelah sekian lama bumi bertuah ini diperintah oleh penjajah dengan pentadbiran mereka sendiri akhirnya bumi ini mencapai kebebasannya dari cengkaman penjajah.Semuanya kerana semangat nasionalisme dan jiwa agama yang tinggi dalam hati setiap pejuang yang telah berusaha memperjuangkan kebebasan tanah air ini.

Namun , adakah semangat itu masih dirasai dan dihayati oleh anak-anak kita hari ini. Apa yang menyedihkan , bukan semangat patriotisme yang mereka semaikan tetapi semangat hedonisme melampau yang mereka sematkan. Ini jelas apabila kebejatan moral yang serius di kalangan rakyat Malaysia terutama penglibatan golongan Melayu Islam. Contohnya pergaulan di luar batasan tidak kira lelaki atau perempuan, mabuk , botol arak bersepah, pelbagai fesyen yang menjadi lambang keruntuhan akhlak. Inilah senario yang dapat diperhatikan , namun menghairankan masih ramai yang belum sedar betapa moral masyarakat kita berada di tahap yang rendah.

Cuba kita renungkan bersama, adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh menyaksikan penyakit sosial yang kian menular menjamah sedikit demi sedikit antibodi kerukunan komuniti kita ? Fikirkanlah bersama. Adakah kita merdeka atau meleka ?

Rabu, 25 Ogos 2010

Happy belated Birthday Sa'adah

Print


Sa'adah
Mama sayang Sa'adah

Sa'adah
Kehadiran Sa'adah satu impian dan kenyataan
Amanah Allah yang perlu dijunjung

Sa'adah
Mama dan ayah sentiasa menyayangimu
Gelak tawamu pengubat duka
Keletahmu menghiburkan kami
Kecomelanmu kami rindui

Sa'adah
Semoga jadi anak solehah ....
Selamat ulang tahun yang pertama ... 1

Santan dan Keju

Print
Santan dan keju makanan tradisi + barat

Interface menu

Beef steak antara hidangan yang disajikan (RM12)

Chocolate ice float yang lazat (RM3)

Kalau anda imginkan suasana yang tenang dan romantis bolehla berkunjung ke Restoran Santan dan keju ini (sebelah Ocean Hotel , Sg. Besar) , tapi kadang-kadang la. Kalau hari-hari , kopak jugak kepala ..... hehehe

Hari Inovasi Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam

Print
Hari Inovasi Pelajar KKSB telah dianjurkan oleh Unit Pengajian Am pada 24 Ogos 2010 sempena menyambut Hari Kebangsaan. Hasil Inovasi ini telah dihasilkan oleh para pelajar KKSB dalam melalui modul Pembangunan Diri. Pelajar semester 1 telah menghasilkan buku skrap sempena Hari Kebangsaan , manakala pelajar semester 2 telah melukis poster bertemakan Hari Kebangsaan. Pelajar semester 4 pula masig-masing mencipta hasil produk inovasi mereka.

Hasil poster pelajar semester 2

Buku skrap pelajar semester 1
Antara pengunjung pameran Hari Inovasi


Pelabelan Makanan antara ciptaan Pelajar Pemprosesan Makanan

Pembungkusan Swiss Roll dalam tabung jernih

Sejadah dan bantal 'portable' ( 2 dalam 1 )- sesuai travelling

Tabung yang boleh asingkan jenis duit syiling

Penanda buku yang dah diubahsuai jadi tempat letak surat

TOTO serba boleh - serba pelbagai (bole jadi toto , kusyen , lapik kerusi ) hehehe

mesin pemotong padi angin



lampu hari merdeka ?? apa-apa je laa...

lampu gak - hari raya punye, warna warni


En. Yusop turun memantau melihat hasil pelajar

Pn. Noor Akmar selaku hakim pada hari itu meneliti hasil pelajar

Antara pemenang , hadiah disampaikan oleh Ust. Noorkhairan (Ketua Unit P. Am)

Selasa, 24 Ogos 2010

Kolokium Penyelidikan KKSB

Print



Pembentangan dimulakan dengan En Rosli (Ketua R&D)

Kolokium Penyelidikan telah dianjurkan oleh Unit R&D Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 17 Ogos 2010 di Dewan Kuliah KKSB. 11 orang pensyarah membentang hasil penyelidikan mereka. Penilai terdiri daripada Pn. Pengarah, Pn Suriati bt Abdullah , En. Yusop b. Paal (KJPSH) dan En. Badarudin b. Kusni (KJKK).


Pn. Suriati dari Unit SPK turut serta sebagai pembentang penyelidikan

Pn. Norawati dari Unit Elektrik sebagai peserta pembentang
Para penilai kolokium sedang memberi ulasan mereka

Keindahan Pulau Pangkor

Print
Percutian indah bersama keluarga dan tok nek ke Pulau Pangkor pada 29-30 Jun 2010.


Hari kedua , naik bot keliling Pulau Pangkor

keindahan dan kedamaian


sempat 'mencandat sotong'

ikan kat Pulau Giam. Jernih airnya.......

pulang keletihan tapi seronok :)