Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA @ MeLEKA

Print

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat dalam sejarah tanah air. Setelah sekian lama bumi bertuah ini diperintah oleh penjajah dengan pentadbiran mereka sendiri akhirnya bumi ini mencapai kebebasannya dari cengkaman penjajah.Semuanya kerana semangat nasionalisme dan jiwa agama yang tinggi dalam hati setiap pejuang yang telah berusaha memperjuangkan kebebasan tanah air ini.

Namun , adakah semangat itu masih dirasai dan dihayati oleh anak-anak kita hari ini. Apa yang menyedihkan , bukan semangat patriotisme yang mereka semaikan tetapi semangat hedonisme melampau yang mereka sematkan. Ini jelas apabila kebejatan moral yang serius di kalangan rakyat Malaysia terutama penglibatan golongan Melayu Islam. Contohnya pergaulan di luar batasan tidak kira lelaki atau perempuan, mabuk , botol arak bersepah, pelbagai fesyen yang menjadi lambang keruntuhan akhlak. Inilah senario yang dapat diperhatikan , namun menghairankan masih ramai yang belum sedar betapa moral masyarakat kita berada di tahap yang rendah.

Cuba kita renungkan bersama, adakah kita hanya mampu berpeluk tubuh menyaksikan penyakit sosial yang kian menular menjamah sedikit demi sedikit antibodi kerukunan komuniti kita ? Fikirkanlah bersama. Adakah kita merdeka atau meleka ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan